MAJLIS RAMADAN KASIH IFTAR BERSAMA RUMAH ANAK YATIM HUZAI DI MASJID LABOHAN, KERTEH.

Alhamdulillah, pada 19 March 2025/18 Ramadan 1446H, telah berlangsung majlis Ramadan Kasih Iftar Bersama Rumah Anak Yatim Huzai di Masjid Labohan, Kerteh. Pertama sekali, kami daripad BRSB ingin merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada seluruh Business Partners BRSB, Ahli Jawatan Kuasa Masjid Labohan, Klien-Klien dan seluruh warga BRSB yang bekerjasama menjayakan majlis ini.

Untuk maklumkan semua, tahun ini merupakan tahun ke-3 BRSB menjalinkan hubungan bersama Rumah Anak Yatim Huzai. Telah banyak aktiviti kebajikan telah kami jalankan bersama Rumah Anak Yatim Huzai yang mempunyai 30 orang anak-anak yatim ini.

Pada tahun ini, kami melakukan sedikit kelainan dengan membuka peluang kepada business partner BRSB untuk turut sama menyumbang dalam bentuk sumbangan derma bagi meraih lebih banyak sumbangan untuk diagihan kepada golongan yang memerlukan. Jumlah sumbangan yang diterima adalah lebih kurang RM44,000.00. Sumbangan ini telah dibahagikan kepada :
1. Sumbangan kepada rumah anak yatim huzai dan rumah ank yatim darul taqwa
2. Sumbangan duit raya kepada dua-dua rumah anak yatim ini
3. Sumbangan kepada tabung masjid labohan
4. Sumbangan bakul makanan asas kepada 31 keluarga asnaf
5. Sponsor kepada booth-booth makanan dan minuman tambahan bagi membantu peniaga-peniaga tempatan

Pada hari majlis itu juga, kami dari pihak BRSB juga bergotong royong untuk membersihkan kawasan masjid, membaiki kerosakan kecil dan mengecat pada bahagian yang masjid yang sudah mula lusuh dan berkarat.

Syukur dengan kerjasama yang baik antara BRSB dan Business Partner selama ini dapat sedikit sebanyak memberi manfaat kepada masyarakat setempat dan golongan yang memerlukan. Semoga program dan majlis ini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang Inshaallah.

Terima Kasih.